Tuesday, October 21, 2014

Typing...


Tuesday, October 21, 2014. 8.29 pm. 

Sebenarnya, tak ada apa pun aku nak cerita dekat sini. Cuma, aku rindu nak bercerita, berceloteh sebagai blogger. Hmmmm, okaylah aku cerita sikit la kan apa perkembangan hidup aku sekarang. Alhamdullillah, pejam celik pejam celik aku dah lepas Semester 3 dah pun. Bakal menjangkaui semester 4 bulan 12 ni. Susah payahnya semester 3. Allahu, yang senasib jela faham apa aku rasa. Haha. Nak story sini bukan ada yang faham pun. Kan? Study so far okay sangat. Cuma, result final exam ni lah kecut sikit sebab semester ni banyak sikit main. Okay bukan banyak sikit. Banyak sangat mainnya. Tak macam semester lepas noks. Yala, lama lama dah jadi pelajar situ. Tanduk pun mulalah naik. Malas pun mula lah nak bermaharaja. Ya idok? Standart semua orang pernah rasa. Ke aku ja rasa? hahaha k. 

Cinta? So far. Alhamdullilah, kesepian gitu. Acewahh, ada tu ada. Tapi malaslah nak berstory bab bab tangkap cintan ni. Pengalaman lepas banyak mematangkan aku. Kali ni, diamkan jela. Macam orang cakap biarlah rahsia kan. Silent relationship gitu. Ewah lagi. Hahahahaha. Macam funtut ya kawan kawan. So aku lebih selesa dengan status single sekarang. Berkawan lain ada batasnya. Berkawan biarlah seramai mungkin, tapi hati tetap untuk yang satu. Buat yang halal. Aduh, gatal semacam eh aku kali ni. Hahahaha. Malu itewwwwwww. Asal rasa macam aku typing dalam bahasa indon eh? Halamak. Khayal terok siak. 

Apa yang tak sabar ye? haaa aku tak sabar nak tunggu bulan 12. Jeng jeng jengggggg. Takde pape pun. Lek dah. Sah sah la birthday aku. Haa kan dah tershow off birthday date sendiri. Buat malu je. Tak pepasal banyak pulak orang nak post hadiah. Hahaha. k tahap perasan mantain macam dulu. Takde yang kurang. Actually, bukanlah. bukan birthday. Lain, yee lain aku pun taktau mende. Rasa something happy lah bakal terjadi. Aku rasa jelah. Jadi apa tu Allahualam ye. Lagi lagi tak sabar nak graduate diploma. Aduhh setahun lagi. Tapi yang rajin blogwalking Chibi puna blog. Hampa tunggu la lagi 4,5 post ada la post pasai graduate. hahaha. Sebab apa? Sebab pemalas tahap mati la nak update. Setahun boleh kira la berapa. kannn? Terima kasih buat yang sudi BW dekat sini. Nah, muat bertepek tepek. K? cemolot sekali aku bagi. Guna bibir terlajak laris k? Ehemmmmmmmmmmmmmm.

Hmmm, baik hati doakan harap haraplah result aku untuk semester 3 bulan depan ni keluar yang baik baik. Tak mintak banyak jangan ada yang repeat sudah. Berat palahotak kalau ada subjek repeat. Amin, aku dah usaha. Sekarang usaha berdoa jela. Apa keluar nanti tawakal jela. Buat, readers sama sama doakan titewwww k? Bukan untuk aku je, untuk semua yang result keluar bulan depan. Aku doakan harap dapat yang terbaik dapat dekan. InsyaAllah. Kita boleh. 

Buat masa sekarang, tak ada apa aku nak melainkan kejayaan. Aku taknak sakitkan lagi beban mak abah tanggung aku riban riban. And aku hampakan depa. Aku takmau tengok depa kecewa. Cukuplah aku buat depa kecewa sebelum ni. Aku tau, semua anak impiannya sama dengan impian aku. Tak lari banyak pun kan? Kita sama sama anak. Tujuan kita untuk belajar satu ja. Bahagiakan mak abah dengan hadiahkan kejayaan kita. Tu ja. Niat baik Allah akan tolong. Tak sabarnya nak graduate nanti bagi mak abah pegang ijazah tengok aku pakai jubah graduate, Allahu, time tu aku rasa berguna sangat sangat. Berbalas beban mak abah aku. Amin Ya Allah. 

Itu sahaja kawan kawan, nak apa lagi? haha.
Yang ikhlas lagi baik hati dan gila,
Izzati Hashim.

Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

No comments:

Post a Comment

Hai awak yang COMEL ! Dah baca kan POST kite ? Tak salah kan kalau awak ringan ringankan jari menaip satu dua KOMEN . Boleh kan kan ? TERIMAKASIH :)