Monday, May 12, 2014

Pernah terfikir?


Dah lama rasanya tak menaip cerita dalam ni. Memang lama pun. Ha ha ha. Sekarang adalah semester break untuk mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Yeah, im one of them. Alhamdullilah. Boleh take a break dari belajar seketika. Tak perlu fikir sesuatu yang buatkan kita rungsing, resah. Hmm, ok Chibi seorang yang penipu. Tolong bagitau sikit. Hati mana tak pernah ada perasaan runsing dan resah? Setiap masa kita akan ada perasaan macam itu. SETIAP MASA. Cuma terserah pada individu mampu mengawal rasa itu atau tidak. 
Satu soalan, beribu jawapan. Pernah tak terfikir bagaimana rasanya apabila kita terlalu ambil berat tentang keadaan seseorang? Dan padahal pada masa yang sama orang tu sedikit pun tak pernah hirau siapa kita dan apa kita rasa. Setiap hari dalam hidup dia, dia hanya akan buat apa yang dia suka dan apa yang dia perlu. Yes! Saat dia perlukan dan memerlukan sesuatu itulah baru kelihatan jelas muka kita pada pandangan dia. Pernah terfikir? Pernah terasa? Aku pakar dalam merasa perkara macam ni. Orang sekeliling aku selalu  datang dan selalu pergi. Satu quotes yang ada kata "Jangan terlalu mengharap pada yang hadir, kerana yang hadir mungkin akan berlalu ikut serta pada yang pergi" Sokong 100% 

Aku nak tanya kepada yang bongkak, yang pentingkan diri. Tak rasa diri bertuah selepas tau yang ada yang sentiasa disebelah kau? Ada yang akan bangunkan kau bila kau jatuh? Kau tak rasa ke kau diantara insan yang sangat bertuah. Walaupun kau sibuk fikirkan diri kau, fikirkan orang yang tak pernah fikirkan kau. Tapi kau tau dibelakang kau akan ada seorang yang sokong kau. Mungkin dia tak macam keluarga kau, yang tak memahami jiwa kau yang muda. Dia sebaya, dia faham kau. Dia usaha untuk dapatkan perhatian dari kau supaya kau nampak apa yang dia usahakan. Kau tak rasa ke kau bertuah? Kau campak dia, kau anggap dia macam satu belon. Kau ikat pada satu tiang. Kau biar dia sorang dalam satu tempat sunyi. Bila resah, kau pulang. Kau bukak ikatan tu. Kau peluk dia. Tak fikir ke? Sampai masa belon tu pun akan kecut? Then kau kena pegi cari belon lain. Mungkin belon yang serupa. Kau pegi dekat penjual belon yang sama. Kau tanya mana nak cari belon macam tu. Tapi dah takde. Chibi bukan jenis pandai nak perumpamakan sesuatu. Hanya sampaikan. Aku kesian, aku sendiri kesian pada mereka yang tak dihargai. 

Aku taktau bila orang yang tidak reti menghargai ni akan sedar setiap apa yang dia buat? Aku berharap time dia sedar tu, orang yang menanti dia ada lagilah untuk dia. Cuba fikirkan, kalau time dia baru nak sedar orang tu dah takde. Hilang, lesap dari pandangan. Macam mana lah agaknya? Boleh dia cari yang serupa? Boleh dia cari yang sanggup bodohkan diri untuk dia? Boleh lagi? Orang tu dah penat sebenarnya. Berada dalam permainan engkau. Berada dalam rentak kau. Sampai masa, dia akan ikut hati yang sakit. Dia akan pergi juga. Apa aku boleh cakap, masa akan menjawab segalanya. Sampai masa siapa pun tak boleh halang. Hanya dia dan diri jadi kekuatan untuk diri sendiri. Tah kenapa aku terfikir nak tulis semua benda ni. Mungkin atas pengalaman sendiri. Mungkin aku pernah atau sedang diperlakukan sebegitu. Waai saudara, fikirkanlah sedalamnya. Assalamualaikum.

Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

No comments:

Post a Comment

Hai awak yang COMEL ! Dah baca kan POST kite ? Tak salah kan kalau awak ringan ringankan jari menaip satu dua KOMEN . Boleh kan kan ? TERIMAKASIH :)