Thursday, April 3, 2014

Titi Kehidupan

 
"Diari Kehidupan, Khamis, 3 April 2014 (6.42 p.m)"
Aku anggapkan kali ni aku menceritakan seakan akan aku seorang diri sahaja yang faham dan berada dalam dunia aku. Taktahu mana lagi aku nak luah dan tuju. Aku bukanlah jenis yang mudah patah semangat seperti dulu. Malah, aku gunakan semua ini sebagai kekuatan untuk aku teruskan mencapai apa yang aku inginkan dari dulu. Aku juga bukanlah seorang pakar ilmu agama, untuk terus menghukum sesiapa saja yang pernah bersalah dengan aku. Tak, aku tak mampu. Aku hina pada pandangan Allah, aku juga tak dapat warisi keimanan kedua ibu bapaku. Bukan kisah cinta yang aku nak ceritakan. Tapi kisah kehidupan masyarakat disekeliling aku. Aku bersyukur sangat pada Allah kerana pertemukan aku dengan mereka. Dari sini, aku belajar mengerti perangai manusia di bumi yang sebenar. Aku faham, aku pun tiadalah sebaik malaikat. Apatah lagi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia. Cuma......hm tak terkata aku. Ha ha ha ha. Mungkin? mungkin ini ujian yang Allah cuba jalankan keatas aku. Selama ni aku lalai, aku anggap 'mereka' akan setiasa disekeliling aku. Rupanya, Allah hanya pinjamkan kegembiraan, kesenangan tu hanya seketika. Apa boleh aku buat? Hanyalah sabar sabar dan terus bersabar. Aku selalu tanya dalam diri "apa tak cukup sabar lagikah aku ini?" Aku memang seorang yang amarah, seorang yang ego, seorang yang baran. Aku sayangkan mereka. 'SANGAT' sayang. Mungkin ini yang Allah tetapkan dalam usia perkenalan kami. Mereka ramai dan aku? hanya SEORANG. Apa aku boleh buat? Hanya mampu terima Qada dan Qadar Allah saja. Selalu orang cakap, kalau hidup seorang tiada perkembangan hidup. Sejak aku di IPTS. Dah lama sebenarnya aku hidup seorang diri. DAH LAMA......cuma orang disekeliling hadir pada masa tertentu saja. Apa salahnya kalau kali ini aku cuba kembalikan hidup seorang diri itu. Mungkin juga ini terbaik. Cuma, apakah segala kebaikan aku selama ni, hanya dibalas dengan ini? Bukan aku mengharap segala kebaikan aku dibalas dengan kebendaan. Cuma, aku mengharap yang budi baik aku dibalas kembali dengan budi yang baik. Tapi ini yang aku dapat. Mungkin juga budi baik aku dipandang hina oleh mereka disekeliling aku. Kan? Syukurku lagi kerana Allah tidak biarkan aku keseorangan disaat aku lumpuh. Allah bangkitkan seberapa ramai yang boleh untuk buat aku lagi berdiri kukuh.Ya Allah, kurniaan inilah yang paling besar pernah aku dapat. Kalau ini dugaannya aku akan pergi bawa diri ke tempat yang aku lebih diterima orang. Terimakasih Ya Allah, diatas segalanya. Masih ada yang menerima aku. Aku bersyukur. Hmmm. Otak fikirkan yang positif lalu terukir senyuman pada bibir dan buatkan hati yang luka parah terubat walaupun sedikit. "La tahzan innallaha ma'ana".


Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

No comments:

Post a Comment

Hai awak yang COMEL ! Dah baca kan POST kite ? Tak salah kan kalau awak ringan ringankan jari menaip satu dua KOMEN . Boleh kan kan ? TERIMAKASIH :)