Sunday, January 12, 2014

2014 :')


Dah nak masuk 2 minggu dah baru lah terhegeh hegeh nak update pasai 2014. Ketinggalannya aku ni. Aku excited sebenornya nak sambut 2014. Serius, kalau boleh aku nak tinggalkan 2013 walaupun sebenarnya banyak kenangan indah dalam 2013. Tapi apa yang yakin kenangan pahit dalam 2013 lah yang paling paling paling pahit yang pernah aku rasa. Serius, kadang kadang sampaikan timbul rasa benci tu. Tapi nak buat macam mana itu kan lumrah sebagai seorang manusia. Nak diceritakan dalam ni tak perlu kot. Terlalu public mungkin. Yang boleh aku share dalam ni hanyalah perkara indah je yang aku rasa aku boleh share disini. 

First, berkenaan result SPM aku. Alhamdullilah, eventhought aku punya result takda lah sebagus mana. Tapi aku sangat puas hati. Thanks Allah. Then, aku dapat sambung belajar dekat Kolej Teknologi Timur ni. Dekat sini, aku dapat kenai macam macam ragam. Macam macam hati. Dari sorang ke sorang perangai aku kenai sikit sikit. Best sangat hidup merantau ni. Walaupun jauh dari family dari situ aku dapat rasa macam hidup seorang hidup berdikari. 

AZAM 2014 - Acececeh, yang ni penting dalam setiap post yang berkaitan 'Tahun Baru' ni. Hehehehe. Azam aku tahun baru eh? First tu aku tanak share. Sebab ianya BIG SECRET bagi aku. Yang second, aku nak study lagi hard dari sem 1. Maybe meraih gelaran dekan? Wakakaka. Batak k batak. Selain dari tu, aku nak bahagiakan mak ayah aku dengan kejayaan aku. InsyaAllah, Nak sentiasa tengok mak dengan abah senyum. InsyaAllah, amin :')


Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

No comments:

Post a Comment

Hai awak yang COMEL ! Dah baca kan POST kite ? Tak salah kan kalau awak ringan ringankan jari menaip satu dua KOMEN . Boleh kan kan ? TERIMAKASIH :)