Saturday, September 21, 2013

Warkah buat bonda.


Dari anak yang hina untuk bonda yang mulia . Assalamualaikum . Di sini aku cuba untuk sampaikan sesuatu yang aku rasa dan aku takut kalau kalau tak sempat untuk aku sampaikan nanti . Buat mak , aku tahu aku bukan seorang anak yang baik . Yang taat akan perintah kedua ibu bapanya . Mungkin besar diantara anak anaknya akulah yang paling dia risaukan , yang paling dia tidak yakin dalam melakukan apa jua keadaan . Tapi percayalah , sejahat jahat seseorang manusia , hinanya dia semestinya ada sekelumit kasih sayang terhadap ibu dan ayahnya melainkan dari kecil lagi tidak pernah kenal atau merasa sebuah kasih sayang keluarga . Berbeza ditempat aku . Aku sayangkan mak . Aku nak mak tahu dan faham apa yang aku lakukan sekarang adalah segalanya untuk dia . Tiada apa yang aku harapkan , selain dapat melihat senyuman manisnya melihat aku berjaya kelak . Kejayaan aku ini tidak akan ada makna jika mak tiada disamping aku dalam mendoakan keberkatan untuk kejayaan aku . Kerana aku tahu , segalanya datang dari doa seorang emak . Segalanya termakbul dari doa seorang emak . Jadi tak mustahil doa emak dijadikan sesuatu  dan diangkat yang sangat mulia dibumi Allah ini . Untuk mak , permulaan langkah aku bermula darimu , permulaan kata kata ku bermula darimu . Hari hari aku setia bersamamu . Mungkin aku tidak semulia anaknya yang lain . Selalu bersama bertanya khabar tentang keadaannya . Tetapi setiap kali doa yang aku tadahkan . Pasti akan aku selitkan nama emak . Berharap Allah merahmati hidup emakku , berharap keadaan emakku sentiasa dalam keadaan yang selalunya aku lihat dimataku . Biarpun khudratnya tidak seutuh diusia mudanya , aku berharap keadaan emak sentiasa dalam keadaan yang sejahtera hendaknya . Sakit emak sakit lagi aku merasa . Pedih emak pedih lagi aku merasa . Tangis emak , seksa neraka menjilat aku . Aku cuma nak satu sahaja dari mak , aku nak mak pasti dan yakin . Apa jua gerak langkah yang aku lakukan sekarang adalah untukmu mak . Kejayaan yang cuba aku genggam dan bakal aku miliki dimasa depan jugak untumu . Hidupku semakin mencecah dewasa , apa yang engkau alami dulu mak , mungkin sekarang aku alami . Bersusah payahanmu sekarang takkan pernah aku sia siakan , pasti ada sesuatu yang aku rancangkan untukmu . Akan aku balaskan segalanya untukmu suatu masa nanti setelah tiba harinya . Ketika itu , tiada lagi sebarang kerunsingan dihatimu , tiada lagi tangisan kerisauan dimatamu . Yang ada hanya seukir senyuman kegembiraan yang bakal engkau ukirkan melihat segalanya yang sudah pasti menjadi milikku ketika itu . Waktu itu , bakal aku warnai hari harimu sebagaimana engkau warnai hari hari kecilku dahulu . Mak , aku sanjung segala perngorbananmu . Aku angkat mulia segala pekertimu . Maafkan aku jika semua yang aku impikan dalam perkara ini tidak sempat aku tunaikan . Maafkan aku jika arus dunia menghayutkan aku darimu . Maafkan aku jika aku kurang menelefon menanyakan khabarmu . Maafkan aku jika kata kataku dan tingkah lakuku membuat hatimu terguris besar sedalam dalamnya hingga hatimu seorang ibu runtuh egonya kerana salahku . Biarlah Allah mengatur segalanya . Kerana aku yakin Allah adalah segalanya galanya buat kita . Yang pasti segala baik lagi mulia datang dariNya dan segala buruk dan hinanya datang dari diri kita sendiri . Aku cuba sedaya upaya aku menggembirakan hatimu mak . Mungkin aku tidak sehebat dan setanding kakak dan abang ku yang selalu membuatmu bahagia dan tertawa gembira melihat apa yang mereka genggam . Tapi percayalah , aku punyai cara tersendiri untuk buatmu bahagia . Mak , engkau insan pertama dihati , takkan pernah berubah takhtanya walaupun nafasku berhenti . Kau tetap aku sanjungi hingga akhir hayatku . Tiada seorang pun insan dapat menggantikan tempatmu dihatiku . Sesungguhnya setiap nafas dan darah yang mengalir ditubuhku turut aku merasakan didalam tubuhku . Maafkan aku mak ,engkau segalanya . Adik sayang mak :')


Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

No comments:

Post a Comment

Hai awak yang COMEL ! Dah baca kan POST kite ? Tak salah kan kalau awak ringan ringankan jari menaip satu dua KOMEN . Boleh kan kan ? TERIMAKASIH :)