Monday, March 11, 2013

Alhamdullilah walaupun tak ada rezeki :')


*Gambaq langsung tadak kena mengena dengan post* Punggah ! Hahahaha . Okay . Mata semua dah fokus membaca . Jum start ! Harinie , kalau ikutkan merupakan tarikh yang mengerunkan lah untuk Chibi en en en ? Hahaha . Sebab apanya ? Sebab harinie ada TEST JPJ untuk motor dengan kereta . Pagi pagi tadi bangun . Dengan semangatnya mandi mandi siap la apa semua start motor teroih pi amek ADILAH . Thanks , seharian kot dia teman Chibi . Setia gilaa . Sikit tak bersungut . Terharu tahap tenok dah dekat situ pun . Dah bawak kawan teman ni kira macam bagi semangat lebih lah kan untuk diri sendiri ni . Kurang rasa gabra dalam diri tu . Then dah sampai teroih pi amek number untuk lesen motor dengan kereta . Sebab Chibi amek double test . Soo , orang yang istimewa macam Chibi diberi keutamaan laa kan . Hihihi . Duduk dalam bilik taklimat tunggu JPJ masuk untuk bagi taklimat motor . Tunggu tunggu ada la dalam 30minit dok nganga saja dalam tu . Then daftar sat teroih JPJ masuk . First on my mind bila dia masuk tu . " WOWW, MACAM NI RUPANYA MUKA JPJ " Jakun k jakun . hahahaha . First time la katakan . Dia bagi taklimat motor . And semua concentrate time tu . Yala , sapa tak concetrate kena halau keluaq kot . So , mau takmau kena paksa diri jugak  la . Chibi pemegang number 56 untuk motor . Dan 67 untuk kereta . See ? 5667 ? Number lucky tu ? cepat pi tikam . hehe .  So dah habes taklimat bergerak la untuk test JPJ motor . Tangan masa tu sejuk habeh . Jantung tak habeh berdegup tak henti . Mata ni ushar ja macam mana budak budak yang kena dulu tu buat . Okay mai turn Chibi , lepas kami 4 orang . 2 abang tu *Aku tak kenai* then Gieha budak yang aku kenai dekat situ jugak . Chibi orang second . Mula mula meniti titi tu . Chibi tengok abang tu buat . Dia buat buat , then jatuh . Ya Allah , dalam hati ni " Abang tu yang tinggi pun boleh jatuh ? Macam mana lah aku ? " Dalam hati ni tak kira la amin sana sini . hehehe . Mak suruh selawat sikit kalau dah takut sangat tu . Then , Alhamdullilah , Chibi tak jatuh . Hehehe . Chibi straights teroih sampai pusingan lapan tu then teroih untuk jalan raya . Amek result tu , Alhamdullilah lagi lah . LULUS . hihihi . Senyum sampai telinga la yopp ! Hihi . Daftar untuk kereta . Then , pegi buat yang dalam litar dulu . Bila sampai turn Chibi . Hmm , ini yang sedih . Chibi dapat kereta yang kurang memuaskan . Serius ni semua nasib . Keadaan kereta tu memang Chibi tak boleh nak handle . Chibi dah mintak untuk tukaq kereta . Tapi Cikgu Cikgu situ tak bagi . Depa paksa jugak suruh naik kereta tuh . Bukan memilih . Tapi kita nak yang terbaik . Semua tu guna DUIT bang oiii . And Chibi sendiri dah dapat agak la yang Chibi memang tak boleh untuk naik bukit kalau keadaan kereta pun Chibi tak boleh kawal . Dengan sit dia tenggelam . Semua calon perempuan yang sebaya Chibi kebanyakkan fail dekat bukit bila dapat kereta macam Chibi dapat tu . And dah la Chibi ni seorang yang bersaiz comel . haha . Bila dah duduk tu , Chibi dah jadi setaraf dengan stereng . Apa pun tak nampak dekat depan . Jenuh la jadi kepala bangau sat . Dengan kena pakai sit belt . Macam mana la nak tengok tayar luaq ? Pity me . So bila dekat Bukit dah terkandas . Jadi ? Tiada harapan sudahlah untuk Parking dengan Tiga Penjuru . Pity me again . Takpa lah , Chibi harap sangat untuk second change ni dapat buat yang lagi lagi terbaik . Yang penting ! Aku kena bawak bantai . Chibi anggap tadak rezeki Chibi la untuk harinie dekat situ . Then , test untuk jalan raya . Ni lagi satu yang takut ni . Kengkawan yang dah lepas semua dok mai cerita yang JPJ garang lah . Maki maki lah . Ada yang sampai menanges bagai lah . Hadoi , ni yang melemahkan semangat nurani ni . Tunggu number Chibi dipanggil . Bangun amek borang teroih pi kat kereta test . Bagi salam " Assalamualaikum Tuan " Alhamdullilah ! Dia jawab . Senyum meleret ah kita . Dia tanya nama . Then buat la check segala sit , side mirror apa semua . Paling tak boleh tahan . Chibi dah start jalan kereta . Tapi sit belt tak pakai . Berhenti dekat simpang tu . JPJ tu cakap " Awak tolong pakai sit belt ye? " erkk ? dalam hati ni dah pikiaq memacam dah . First sekali . Pikiaq fail ja la . Dah la bukit fail . Takkan yang ni pun nak fail kan ? Chibi dapat jalan C . Then , dah balik ke Berjaya tu . Dia bagi borang . Tengok tengok lulus . Yesss ! yess ! teroih cakap " Terima Kasih Tuan " sambil senyum yang tersangat comel . hihi . Eh eh , tengok apa lagi tu ? Tahniah sebab berjaya baca sampai habes . Panjang kot entri ni . Terima kasih . So , Chibi harap hampa doa untuk Result SPM Chibi 20/3 ni dengan test jpj ulangan Chibi 25/3 ni . Dua dua tu masa depan Chibi . Amin . Thanks dekat semua kengkawan yang doakan Chibi untuk harinie . Ada yang nak buat solat hajat lagi . Alhamdullilah , thanks semua . Doakan Chibi tau tau ? Harap sangat result SPM sama macam mana Chibi target . Amin . And harap Chibi dapat keadaan kereta macam mana Chibi dapat masa berlatih la . Amin . Bye assalamualaikum V.V


Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

No comments:

Post a Comment

Hai awak yang COMEL ! Dah baca kan POST kite ? Tak salah kan kalau awak ringan ringankan jari menaip satu dua KOMEN . Boleh kan kan ? TERIMAKASIH :)