Tuesday, February 12, 2013

Dedicate for someone. Hmm.


Aku TAIP post atau entry kali ni khas untuk someone ni . Bukan Achik boyf aku tuu . Dia adalah someone yang rapat dengan aku sebenarnya and aku tau dia sentiasa ada untuk aku kalau aku susah . Cuma ? Hmm . Aku terasa sikit dengan cara dia layan atau communicate dengan aku baru baru ni . Act , sebelum ni pun ada . Cuma mungkin benda tu dah lama lalu . So aku tak berapa ambil hati sangat . Macam orang cakap 'BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG' Aku tau umoq aku kecik . Tapi ? Respect aku sama kan boleh ? tak semestinya benda apa yang kita lalui sama dan akan sama dengan orang lain lalui . Setiap orang bawak langkah masing masing dan haluan yang berbeza . Memang tak salah kita nak nasihat orang tu tapi dah kenapa kita nak salahkan kisah silam kita dekat orang tu ? And cakap orang tu akan lalui jugak kisah silam yang sama macam kita . Aku yakin kalau hang rasa apa yang aku rasa sekarang mungkin hang pun akan terasa tahap BABUN hutan punyaa . Aku banyak terasa dengan hang . Banyak sangat sangat . Alhamdullilah , Allah kuatkan hati aku untuk simpan segala macam terasa aku dekat hang tu dalam hati ni . Kalau rasa nak meletop sangat sangat pun aku akan cuba sedaya mungkin untuk bertahan ?  Aku takkan pernah hilang rasa hormat aku dekat hang dalam diri aku ni . Aku tau aku kena hormat hang . And aku sayang hang . Aku takkan pernah timboi rasa benci or tak senang hati dekat hang . Hang satu satunya yang terbaik aku pernah ada . Ada masanya hang memang dah macam BFF aku . Hang layan aku macam PUTERI . Hang baik sangat sangat dengan aku . Tapi ? Hmm . Ntah lah . Even though hang pijak kepala aku . Hang malukan aku depan kengkawan hang . Sokay ? Aku terima dengan hati terbuka walaupun dalam hati aku yang sebenaq benaqnya aku sakit and tak rela langsung dengan semua tu . Dalam hidup aku , aku kalau boleh akan usahakan tolak hati aku ketepi semata mata nak jaga hati orang lain and takmau sedikit pun orang orang yang sekeliling aku , yang aku sayang terasa dengan aku . Akan aku usaha jaga hati depa semua meskipun hati aku sakit tahap gila gila punya . Sebab aku tau yang Allah sentiasa dengaq segala cerita sedih aku . Aku mintak tolong sangat jangan samakan dunia aku dengan dunia hang ? dunia kita memang jauh berbeza wey ? Jauh sangat sangat dan tak akan pernah sama . InsyaAllah , dan aku yakin sekarang otak aku dah move on . Dah lebih kedepan , lebih membesar , lebih dewasa , dan lebih matang . Aku rasa aku dah boleh bezakan mana baik mana buruk . Aku manusia yang lemah ? Cuma aku mintak satu ja . Tolong jaga hati aku sikit . Jaga sebesaq kuman pun jadi la wey . Janji jaga sikit . Supaya aku rasa hang ada rasa hormat dekat aku . Sebab hati aku dah banyak sangat terasa dengan hang . Segala silap aku dari aku bodoh bodoh dulu sampai lanie aku mintak maaf . Aku pun tak mintak semua benda ni jadi . Kalau aku boleh ubah semua benda ni . Dari dulu lagi dah lama aku buat . Aku sayang hang dan takkan pernah nak untuk hilang hang . Hang dah macam separuh dari jalan hidup aku . JAGA HATI AKU SAMA :'\


Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

No comments:

Post a Comment

Hai awak yang COMEL ! Dah baca kan POST kite ? Tak salah kan kalau awak ringan ringankan jari menaip satu dua KOMEN . Boleh kan kan ? TERIMAKASIH :)