Tuesday, November 22, 2011

LUAHAN SEORANG PEREMPUAN :(


Pandang wajahku dan renung mataku...

Bila awak tegur dan senyum kat cashier, saya sangat jeles tapi saya coolkan dirisebab saya tahu awak memang ramah dan suka bergurau, tapi dalam hati sayatertanya-tanya jeles tak awak bila saya jugak ramah dengan lelaki lain...

Bila awak tengah melepak dengan kawan-kawan awak, then saya call, awak tak jawab.. then awak msg awak tengah lepak.. Saya tanya dengan kawan-kawan mana..
Awak cakap campur-campur ada lelaki ada perempuan, saya jeles sangat tapi sayatetap cuba cool sebab saya terpikir mungkin awak tak selesa lepak bila ada sayabersama..
Tapi, alangkah bagusnya andai saya pun dapat join awak lepak di sana..

Awak pernah bagitahu yang ada perempuan tipu awak sebab duit.. Tapi saya takpernah pikir nak kan duit awak.. Awak terang-terang bagitahu saya, awak tak sukaperempuan mintak duit, saya paham dan diamkan aje sebab memang saya tak pernah mintak duit orang lain..
Saya hanya nak kan kasih sayang awak..

Awak tahu, andai saya yang ajak awak keluar bukan sebab saya nak habiskan duitawak tapi sebab saya terlalu rindukan awak... Saya akan gunakan duit saya sendiri andai awak sanggup jumpa saya..

Awak, bila ada lelaki mahu jumpa saya, saya kan beritahu awak sebab saya rasa bersalah bila jumpa lelaki lain di belakang awak.. Ya bukan untuk buat awak cemburu tapi hati saya tak tenteram selagi saya tak bagitahu awak.. kerana saya ikhlas terhadap awak.. Tapi bila saya bagitahu rupanya awak tengah lepak dengan kawan-kawan jugak..saya tak tahu punnnn..

Bila awak ajak saya keluar , walaupun esok saya ada ujian pun saya sanggup keluar lagi.. Hanya makan malam pun saya sanggup temankan awak walau saya sudah kenyang..
Tapi bila saya ajak awak keluar, awak cakap awak nak duduk kat rumah je seharian, awak tak larat sebab asyik busy dengan kerja..tak pe awak... saya faham...

Bila awak cakap awak baru lepas call mak awak, saya happi sangat dengar.. banggasebab bf saya sayangkan family, tapi saya jugak berharap kalau saya dapat dianggap seperti family awak jadi awak akan call saya jugak..

Bila saya call awak, awak jarang nak jawab sebab awak sangat busy.. Tapi bila awak call (mungkin satu hari nanti), saya kan terus jawab sebab awak tak pernah call saya..

Bila saya ajak msg, awak cakap boleh tapi sekejap je sebab kredit awak sikit je, Sayaredha dan cuba memahami..

Sekarang bila saya call dan mesej awak tak pernah jawab dan balas dah... Sekarangawak dah terlalu busy dan tak ada masa untuk keluar dengan saya dah...
Awak pandang mata saya dan ucaplah walaupun pahit untuk saya dengar.. awak dah tak perlukan saya lagi dah....



Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

No comments:

Post a Comment

Hai awak yang COMEL ! Dah baca kan POST kite ? Tak salah kan kalau awak ringan ringankan jari menaip satu dua KOMEN . Boleh kan kan ? TERIMAKASIH :)