Wednesday, June 24, 2015

Madah ...


Memandangkan dah lama sangat tak blogging semua ni. Banyak sebenarnya kehidupan yang mulai berubah. Malas berpaling, terus mendongak. Hati cekal kuatkan semangat. Selagi langkah tak jatuh. Selagi tu la teruskan bunyi tapak kaki usang ni. Biarlah mulut celaka terus menghina. Yang penting, hati kuat tolong dirikan hidup dalam dunia ni. Dah lama jatuh, tapi takpa, selagi luar nampak teguh, teruskan. Kaburkan mata yang lain. Selalu manusia leka dan terlalu percaya dengan pancaindera kasar luaran manusia. Tah heranlah, ada yang pijak hati manusia lain demi hatinya. Syukur, masih ada insan insan sekelilingku yang cintakan aku walaupun aku ni kucing kurap dijalanan.

Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

Tuesday, October 21, 2014

Typing...


Tuesday, October 21, 2014. 8.29 pm. 

Sebenarnya, tak ada apa pun aku nak cerita dekat sini. Cuma, aku rindu nak bercerita, berceloteh sebagai blogger. Hmmmm, okaylah aku cerita sikit la kan apa perkembangan hidup aku sekarang. Alhamdullillah, pejam celik pejam celik aku dah lepas Semester 3 dah pun. Bakal menjangkaui semester 4 bulan 12 ni. Susah payahnya semester 3. Allahu, yang senasib jela faham apa aku rasa. Haha. Nak story sini bukan ada yang faham pun. Kan? Study so far okay sangat. Cuma, result final exam ni lah kecut sikit sebab semester ni banyak sikit main. Okay bukan banyak sikit. Banyak sangat mainnya. Tak macam semester lepas noks. Yala, lama lama dah jadi pelajar situ. Tanduk pun mulalah naik. Malas pun mula lah nak bermaharaja. Ya idok? Standart semua orang pernah rasa. Ke aku ja rasa? hahaha k. 

Cinta? So far. Alhamdullilah, kesepian gitu. Acewahh, ada tu ada. Tapi malaslah nak berstory bab bab tangkap cintan ni. Pengalaman lepas banyak mematangkan aku. Kali ni, diamkan jela. Macam orang cakap biarlah rahsia kan. Silent relationship gitu. Ewah lagi. Hahahahaha. Macam funtut ya kawan kawan. So aku lebih selesa dengan status single sekarang. Berkawan lain ada batasnya. Berkawan biarlah seramai mungkin, tapi hati tetap untuk yang satu. Buat yang halal. Aduh, gatal semacam eh aku kali ni. Hahahaha. Malu itewwwwwww. Asal rasa macam aku typing dalam bahasa indon eh? Halamak. Khayal terok siak. 

Apa yang tak sabar ye? haaa aku tak sabar nak tunggu bulan 12. Jeng jeng jengggggg. Takde pape pun. Lek dah. Sah sah la birthday aku. Haa kan dah tershow off birthday date sendiri. Buat malu je. Tak pepasal banyak pulak orang nak post hadiah. Hahaha. k tahap perasan mantain macam dulu. Takde yang kurang. Actually, bukanlah. bukan birthday. Lain, yee lain aku pun taktau mende. Rasa something happy lah bakal terjadi. Aku rasa jelah. Jadi apa tu Allahualam ye. Lagi lagi tak sabar nak graduate diploma. Aduhh setahun lagi. Tapi yang rajin blogwalking Chibi puna blog. Hampa tunggu la lagi 4,5 post ada la post pasai graduate. hahaha. Sebab apa? Sebab pemalas tahap mati la nak update. Setahun boleh kira la berapa. kannn? Terima kasih buat yang sudi BW dekat sini. Nah, muat bertepek tepek. K? cemolot sekali aku bagi. Guna bibir terlajak laris k? Ehemmmmmmmmmmmmmm.

Hmmm, baik hati doakan harap haraplah result aku untuk semester 3 bulan depan ni keluar yang baik baik. Tak mintak banyak jangan ada yang repeat sudah. Berat palahotak kalau ada subjek repeat. Amin, aku dah usaha. Sekarang usaha berdoa jela. Apa keluar nanti tawakal jela. Buat, readers sama sama doakan titewwww k? Bukan untuk aku je, untuk semua yang result keluar bulan depan. Aku doakan harap dapat yang terbaik dapat dekan. InsyaAllah. Kita boleh. 

Buat masa sekarang, tak ada apa aku nak melainkan kejayaan. Aku taknak sakitkan lagi beban mak abah tanggung aku riban riban. And aku hampakan depa. Aku takmau tengok depa kecewa. Cukuplah aku buat depa kecewa sebelum ni. Aku tau, semua anak impiannya sama dengan impian aku. Tak lari banyak pun kan? Kita sama sama anak. Tujuan kita untuk belajar satu ja. Bahagiakan mak abah dengan hadiahkan kejayaan kita. Tu ja. Niat baik Allah akan tolong. Tak sabarnya nak graduate nanti bagi mak abah pegang ijazah tengok aku pakai jubah graduate, Allahu, time tu aku rasa berguna sangat sangat. Berbalas beban mak abah aku. Amin Ya Allah. 

Itu sahaja kawan kawan, nak apa lagi? haha.
Yang ikhlas lagi baik hati dan gila,
Izzati Hashim.

Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

Monday, May 12, 2014

Pernah terfikir?


Dah lama rasanya tak menaip cerita dalam ni. Memang lama pun. Ha ha ha. Sekarang adalah semester break untuk mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Yeah, im one of them. Alhamdullilah. Boleh take a break dari belajar seketika. Tak perlu fikir sesuatu yang buatkan kita rungsing, resah. Hmm, ok Chibi seorang yang penipu. Tolong bagitau sikit. Hati mana tak pernah ada perasaan runsing dan resah? Setiap masa kita akan ada perasaan macam itu. SETIAP MASA. Cuma terserah pada individu mampu mengawal rasa itu atau tidak. 
Satu soalan, beribu jawapan. Pernah tak terfikir bagaimana rasanya apabila kita terlalu ambil berat tentang keadaan seseorang? Dan padahal pada masa yang sama orang tu sedikit pun tak pernah hirau siapa kita dan apa kita rasa. Setiap hari dalam hidup dia, dia hanya akan buat apa yang dia suka dan apa yang dia perlu. Yes! Saat dia perlukan dan memerlukan sesuatu itulah baru kelihatan jelas muka kita pada pandangan dia. Pernah terfikir? Pernah terasa? Aku pakar dalam merasa perkara macam ni. Orang sekeliling aku selalu  datang dan selalu pergi. Satu quotes yang ada kata "Jangan terlalu mengharap pada yang hadir, kerana yang hadir mungkin akan berlalu ikut serta pada yang pergi" Sokong 100% 

Aku nak tanya kepada yang bongkak, yang pentingkan diri. Tak rasa diri bertuah selepas tau yang ada yang sentiasa disebelah kau? Ada yang akan bangunkan kau bila kau jatuh? Kau tak rasa ke kau diantara insan yang sangat bertuah. Walaupun kau sibuk fikirkan diri kau, fikirkan orang yang tak pernah fikirkan kau. Tapi kau tau dibelakang kau akan ada seorang yang sokong kau. Mungkin dia tak macam keluarga kau, yang tak memahami jiwa kau yang muda. Dia sebaya, dia faham kau. Dia usaha untuk dapatkan perhatian dari kau supaya kau nampak apa yang dia usahakan. Kau tak rasa ke kau bertuah? Kau campak dia, kau anggap dia macam satu belon. Kau ikat pada satu tiang. Kau biar dia sorang dalam satu tempat sunyi. Bila resah, kau pulang. Kau bukak ikatan tu. Kau peluk dia. Tak fikir ke? Sampai masa belon tu pun akan kecut? Then kau kena pegi cari belon lain. Mungkin belon yang serupa. Kau pegi dekat penjual belon yang sama. Kau tanya mana nak cari belon macam tu. Tapi dah takde. Chibi bukan jenis pandai nak perumpamakan sesuatu. Hanya sampaikan. Aku kesian, aku sendiri kesian pada mereka yang tak dihargai. 

Aku taktau bila orang yang tidak reti menghargai ni akan sedar setiap apa yang dia buat? Aku berharap time dia sedar tu, orang yang menanti dia ada lagilah untuk dia. Cuba fikirkan, kalau time dia baru nak sedar orang tu dah takde. Hilang, lesap dari pandangan. Macam mana lah agaknya? Boleh dia cari yang serupa? Boleh dia cari yang sanggup bodohkan diri untuk dia? Boleh lagi? Orang tu dah penat sebenarnya. Berada dalam permainan engkau. Berada dalam rentak kau. Sampai masa, dia akan ikut hati yang sakit. Dia akan pergi juga. Apa aku boleh cakap, masa akan menjawab segalanya. Sampai masa siapa pun tak boleh halang. Hanya dia dan diri jadi kekuatan untuk diri sendiri. Tah kenapa aku terfikir nak tulis semua benda ni. Mungkin atas pengalaman sendiri. Mungkin aku pernah atau sedang diperlakukan sebegitu. Waai saudara, fikirkanlah sedalamnya. Assalamualaikum.

Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

Tuesday, April 22, 2014

Chibi jual monopod murah! Hihihi :)

MONOPOD? Tanya agi apa itu monopod? Haa jum jum singgah ig shop Chibi - @eiyzadchibi untuk borong monopod dekat situ. Hihihihi. 

CEPAT CEPAT SEMUA SEMENTARA STOK MASIH ADA. BARANG CHIBI JUAL SEMUA DIDALAM HARGA BARU. SEMPENA CUTI SEMESTER. HIHIHI. JUM SAMBIL BERCUTI SAMBIL BERSHOPPING. ZAMAN SEKARANG NAK BERGAMBAR HARUSLAH BERMONOPOD DULU. GRAB IT NOW! SHUTTER IPHONE JUGAK AVAILABLE! AYUH PENGGUNA IPHONE! REBUT BARANG ANDA! MONOPOD MUAT HINGGA KE SAIZ SAMSUNG MEGA!

Monopod (now available pink and black only)
Colour will be update by day to day.
=RM48

monopod + shutter (android)
=RM80 include postage

monopod + shutter (iphone)
=RM88 (include postage)

shutter android
=RM38 (include postage)

shutter iphone
 =RM45 (include postage)

WHATSAPP ME NOW! 0164994890
Ehem, sebenarnya bukan ini saja tau yang Chibi jual? Hehehe. Ada banyak lagi. Jemput singgah Ig Shop Chibi ok? Macam macam boleh dapat dekat sana. And paling vavavommmm the best adalah harga ada sales! Wah best kan? Hihihi. Chibi pun kekadang terliur. Apa lagi. Jum singgah? Hihihi <3

Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

Friday, April 4, 2014

Ig Shop!


Dari seorang blogger mencuba minat terus sambung belajar dalam bidang grafik media. And sekarang bertukar passion pulak, jadi business woman. Dalam hidup ni kalau boleh macam macam Chibi nak cuba. Yang mana berkesempatan tu sememangnya Chibi takkan lepaskan peluang. Hihi. Alhamdullilah nak dikatakan rezeki Chibi la kan. Chibi terbaca yang satu Ig Shop ni membuka peluang mencari rakan kongsi la konon eh? hehe. Serius, terfikir panjang jugak sebenarnya nak join ni. Sebab Chibi ni jenis malas nak fikir benda serabut macam ni. Act, nak layan cust takut terjumpa customer yang perangai pelik pelik tu. Tapi alhamdullilah, diatas minat yang dari kecik suka sangat berbisnes ni. Beranikan diri juga cabar untuk masuk dalam dunia bisnes ni. Nak real business macam ada stall sendiri tu, hmm memang tak mampu ler kite. Enjoy sebenarnya berbisnes ni. Dapat business partner yang SPORTING habis. Dapat pelanggan yang penyabar and cool. Rasa macam nak buat lagi lagi bisnes ni. 

Ok, mencarut ja banyak. Hihihi. Act, nak promote sebenarnya. To readers. Boleh lawat ig shop Chibi seperti gambar yang dekat atas. Boleh ushar dekat facebook pun boleh. Sebab gambar semua Chibi on sebagai public. Ok Ig Shop Chibi boleh search ID ni - @eiyzadchibi and facebook boleh refer dekat sini - https://www.facebook.com/eiyzad. Anything berkenan boleh terus whatsapp Chibi dekat numb ni - 0164994890. Jangan risau Chibi confrim akan reply whatsapp customer Chibi. 24/7 Chibi sentiasa on. Seronok sangat sebab makin lama makin banyak customer percaya dengan servis bisnes Chibi. Keep visit ig shop Chibi for more dress and more more! Banyak lagi akan Chibi update. And sorry sebab Ig shop chibi ni hanya jual dress, top semua untuk gegirl ja. Untuk boboy tu belum lagi plan.Thanks to customer yang bagi kepercayaan dekat Chibi. Bisnes baru nak up. Biasalah. Stay tune yaa! Love yaaa ♡


Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

Thursday, April 3, 2014

Titi Kehidupan

 
"Diari Kehidupan, Khamis, 3 April 2014 (6.42 p.m)"
Aku anggapkan kali ni aku menceritakan seakan akan aku seorang diri sahaja yang faham dan berada dalam dunia aku. Taktahu mana lagi aku nak luah dan tuju. Aku bukanlah jenis yang mudah patah semangat seperti dulu. Malah, aku gunakan semua ini sebagai kekuatan untuk aku teruskan mencapai apa yang aku inginkan dari dulu. Aku juga bukanlah seorang pakar ilmu agama, untuk terus menghukum sesiapa saja yang pernah bersalah dengan aku. Tak, aku tak mampu. Aku hina pada pandangan Allah, aku juga tak dapat warisi keimanan kedua ibu bapaku. Bukan kisah cinta yang aku nak ceritakan. Tapi kisah kehidupan masyarakat disekeliling aku. Aku bersyukur sangat pada Allah kerana pertemukan aku dengan mereka. Dari sini, aku belajar mengerti perangai manusia di bumi yang sebenar. Aku faham, aku pun tiadalah sebaik malaikat. Apatah lagi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia. Cuma......hm tak terkata aku. Ha ha ha ha. Mungkin? mungkin ini ujian yang Allah cuba jalankan keatas aku. Selama ni aku lalai, aku anggap 'mereka' akan setiasa disekeliling aku. Rupanya, Allah hanya pinjamkan kegembiraan, kesenangan tu hanya seketika. Apa boleh aku buat? Hanyalah sabar sabar dan terus bersabar. Aku selalu tanya dalam diri "apa tak cukup sabar lagikah aku ini?" Aku memang seorang yang amarah, seorang yang ego, seorang yang baran. Aku sayangkan mereka. 'SANGAT' sayang. Mungkin ini yang Allah tetapkan dalam usia perkenalan kami. Mereka ramai dan aku? hanya SEORANG. Apa aku boleh buat? Hanya mampu terima Qada dan Qadar Allah saja. Selalu orang cakap, kalau hidup seorang tiada perkembangan hidup. Sejak aku di IPTS. Dah lama sebenarnya aku hidup seorang diri. DAH LAMA......cuma orang disekeliling hadir pada masa tertentu saja. Apa salahnya kalau kali ini aku cuba kembalikan hidup seorang diri itu. Mungkin juga ini terbaik. Cuma, apakah segala kebaikan aku selama ni, hanya dibalas dengan ini? Bukan aku mengharap segala kebaikan aku dibalas dengan kebendaan. Cuma, aku mengharap yang budi baik aku dibalas kembali dengan budi yang baik. Tapi ini yang aku dapat. Mungkin juga budi baik aku dipandang hina oleh mereka disekeliling aku. Kan? Syukurku lagi kerana Allah tidak biarkan aku keseorangan disaat aku lumpuh. Allah bangkitkan seberapa ramai yang boleh untuk buat aku lagi berdiri kukuh.Ya Allah, kurniaan inilah yang paling besar pernah aku dapat. Kalau ini dugaannya aku akan pergi bawa diri ke tempat yang aku lebih diterima orang. Terimakasih Ya Allah, diatas segalanya. Masih ada yang menerima aku. Aku bersyukur. Hmmm. Otak fikirkan yang positif lalu terukir senyuman pada bibir dan buatkan hati yang luka parah terubat walaupun sedikit. "La tahzan innallaha ma'ana".


Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥

Sunday, January 12, 2014

2014 :')


Dah nak masuk 2 minggu dah baru lah terhegeh hegeh nak update pasai 2014. Ketinggalannya aku ni. Aku excited sebenornya nak sambut 2014. Serius, kalau boleh aku nak tinggalkan 2013 walaupun sebenarnya banyak kenangan indah dalam 2013. Tapi apa yang yakin kenangan pahit dalam 2013 lah yang paling paling paling pahit yang pernah aku rasa. Serius, kadang kadang sampaikan timbul rasa benci tu. Tapi nak buat macam mana itu kan lumrah sebagai seorang manusia. Nak diceritakan dalam ni tak perlu kot. Terlalu public mungkin. Yang boleh aku share dalam ni hanyalah perkara indah je yang aku rasa aku boleh share disini. 

First, berkenaan result SPM aku. Alhamdullilah, eventhought aku punya result takda lah sebagus mana. Tapi aku sangat puas hati. Thanks Allah. Then, aku dapat sambung belajar dekat Kolej Teknologi Timur ni. Dekat sini, aku dapat kenai macam macam ragam. Macam macam hati. Dari sorang ke sorang perangai aku kenai sikit sikit. Best sangat hidup merantau ni. Walaupun jauh dari family dari situ aku dapat rasa macam hidup seorang hidup berdikari. 

AZAM 2014 - Acececeh, yang ni penting dalam setiap post yang berkaitan 'Tahun Baru' ni. Hehehehe. Azam aku tahun baru eh? First tu aku tanak share. Sebab ianya BIG SECRET bagi aku. Yang second, aku nak study lagi hard dari sem 1. Maybe meraih gelaran dekan? Wakakaka. Batak k batak. Selain dari tu, aku nak bahagiakan mak ayah aku dengan kejayaan aku. InsyaAllah, Nak sentiasa tengok mak dengan abah senyum. InsyaAllah, amin :')


Awak suka POST ini ? LIKE lah ♥